Sunday, September 25, 2011

Clearance Sales!!



Sunny Minky (microsuede & microfleece)
1-3pcs = RM22.00
4pcs-7pcs = RM20.50
8pcs above = RM19.50


SB02 & SB09 is PUL CD



Coola Baby Brand
AIO = RM18.00
Bamboo = RM22.00
Velcro = RM20.00




Sunny Minky WetBag
RM21.00
RM19.00 (Dengan setiap pembelian CD)

Monday, July 26, 2010

New Design For Babyland Printed RM24.00 Only


Salam..

Setelah pihak pengeluar menghentikan pengeluaran bagi design SpongeBob, BlueMonkey dan Swirl Retro kini terdapat design baru yang sangat-sangat2 kiut utk c comel anda.
Tempahan kini di buka.. Stok dijangka tiba pada awal bulan Ogos.

Harga pasaran masih sama seperti CD2 lain iaitu RM26.00 TETAPI kini anda boleh mendapatkan CD tersebut dengan HARGA ISTIMEWA iaitu RM24.00 sahaja!! Tiada minimum pembelian untuk mendapat HARGA ISTIMEWA ini.. cuma anda hendaklah menjadi 5 pelanggan yang terawal utk membuat tempahan..

So... tunggu apa lagi.. jom rembat..

Saturday, June 19, 2010

Jom Beli Lampin Kain Moden Dan Bayar Secara Ansuran

Nak berjimat dengan Lampin Kain Moden yang boleh basuh??

Tapi agak terbeban dengan pembelian permulaan yang agak mahal??

Jangan risau, kini anda boleh berjimat dengan Skim Bayaran Ansuran yang kami tawarkan (ala2..kedai elektrik pulak yer *wink)

Yang hebatnya.. anda tak perlu menunggu sehingga selesai bayaran ansuran, baru terima lampin kain yang anda inginkan itu. Cuma buat bayaran pertama.. dan kami akan courier terus lampin kain yang anda inginkan itu.. MENARIK kan??

Apa lagi.. jom order..


Term & Conditions

1. Hanya untuk RETURN customer sahaja yer.. (BKN return cust.. akan dipertimbangkan!!)

2. Untuk JENIS MINKY sahaja.

3. Untuk pakej 4pcs dan ke atas (melalui skim ansuran ini, anda tidak layak untuk mendapat hadiah percuma)

4. FREE Postage (Courier)

Saturday, June 12, 2010

15 Design for Minky CD & Minky Wet Bag


Ziraffe Wet Bag


Zebra Wet Bag


Moo Moo Cow Wet Bag


Leopard Wet Bag


Ziraffe


Zebra


Royal Wheat


Red Dot

Single Love Pink

New Pink Love

Moo Moo Cow

Light Cow

Dark Red Heart

Brown Worm


Brown Leopard

Blue Leopard

Blue Horse

Black dot


3 Love
Bold
Price for CD

1pcs = RM33.00

2pcs = RM65.00

4pcs = RM128.00

6pcs = RM189.00
FREE Minky Wet Bag (Bernilai RM23.00)

8pcs = RM248.00
FREE 5 in 1 Carter's Romper (Bernilai RM38.00)


Price for Wet Bag

1pcs = RM23.00 Sahaja!!

*Free Postage untuk sebarang pembelian


Wednesday, May 12, 2010

Coolababy Bamboo Charcoal

Coolababy Bamboo Charcoal juga terdapat dlm 13 warna pilihan, sama seperti coolababy biasa


Bahagian Dalam (Inner) yang berwarna kelabu


Kalo anda perhatikan, butang Coolababy Bamboo ini sama seperti warna PUL.. Menariknya bukan..?? Tidak seperti Coolababy biasa yang mana butangnya semua berwarna putih.


Kelebihan CD Bamboo

- Selembut sutera - Fabrik buluh berkali ganda lebih lembut daripada fabrik kapas, bersifat ringan, sejuk dan tidak tebal.
- Mengurangkan Alahan -
Buluh tumbuh tanpa bahan kimia. Proses pemutihan fabrik buluh tidak menggunakan klorin, maka mengurangkan reaksi alahan terhadap kulit bayi yang sememangnya begitu halus dan mulus :)
- Breathable - Memberi keselesaan dan kesegaran kepada baby.
-
Naturally UV Protection - Bamboo semulajadi mempunyai pelindung drpd sinaran UV, it’s healthy to wear.

- Anti-bakteria - Fabrik buluh secara semulajadi mengandungi ejenanti-microbial yang dikenali sebagi Kun. Kun menghindar pembiakan bakteria - maka lampin anda tetap berbau segar, lebih bersih dan lebih sihat.
- Antistatic - Fabrik Bamboo 12 kali lebih anti-statik berbanding fabrik cotton.



Harga yang ditawarkan??

Hanya RM35.00 sekeping
FREE postage dengan setiap pembelian 3 keping
FREE sekeping Coolababy AIO dengan setiap pembelian 5 keping

Monday, April 26, 2010

MiNkY CLoTh DiApeRS PrOmOtIon..





Atas sambutan yang menggalakkan terhadap Minky CD ni
so kali ni saya nak wat promosi utk Minky CD.. TAPI..
hanya untuk SUNNY BABY Minky Button saja yer

harga nya masih sama seperti harga promosi sebelum ini TAPI..
untuk promosi kali ini, terdapat hadiah PERCUMA
so apa lagi.. meh wat kira2 n submit order ok..

1pcs = RM33.00


Package of 2
2pcs = RM65.00
FREE 1pc Of BUSHA Lengging yang bernilai RM12.00


4pcs = RM128.00
FREE 1pc of BUSHA Lengging bernilai RM12.00
FREE 1pc Insert (with adjustable button) bernilai RM10.00


6pcs = RM189.00
FREE 1pc of Cloth Diapers (Coolababy AIO/Babyland Printed Design)


8pcs = RM248.00
FREE 1pc of Cloth Diapers (Coolababy AIO/Babyland Printed Design)
Free Postage Cost using Kanggaroo Courier Service

Tuesday, April 13, 2010

New Design for Babyland!!


CoMinG SooN!!
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan New Design dari Babyland Cd yang sgt2 menarik utk 'anak dara' anda

Tuesday, March 30, 2010

Sunny Minky Cloth Diapers

Terdapat 8 design untuk Sunny Minky Pocket Button iaitu :
1. Tiger
2. Leopord
3. Mooo
4. Wheat
5. Polkadot White
6. Polkadot Blue
7. Love Red
8. Love Pink

Terdapat 7 Design untuk Sunny Minky Pocket Velcro iaitu :
1. Tiger
2. Leopord
3. Mooo
4. Wheat
5. Polkadot White
6. Love Pink
7. Polkadot Blue
Harga pengenalan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Sekeping RM33.00
2pcs RM65.00
4pcs RM128.00
6pcs RM189.00
8pcs RM248.00
10pcs RM300.00
(Dengan pembelian 4pcs ke atas, percuma kos penghantaran mengunakan Kanggaroo Courier Service)

Wednesday, February 24, 2010

March PakejSaver 1

Beli 5 keping Cd Babyland Printed dengan harga

RM140.00

(Normal Rate RM150.00) SAVE RM10.00!!

dapatkan juga SEKEPING lagi secara PERCUMA!!

ermm beli 5 PERCUMA 1??

jadi tunggu apa lg.. jom beli CD yang menarik ini untuk si comel anda

Monday, February 15, 2010

Anda follower Bertuah??

Anda nak sehelai Cloth Diaper secara percuma??
Caranya cukup mudah..
Jadi follower kami dan tinggalkan URL blog anda utk kami terjah
Kemudian link kan URL Blog kami di blog list anda..
Setiap bulan, kami ada adakan cabutan bertuah utk follower baru bagi bulan tersebut
Dan nama pemenang akan kami mengumumkan pada setiap hujung bulan
Andai kata pada bulan tersebut cuma terdapat seorang sahaja follower baru
Automatik follower tersebut akan menjadi pemenang bg bulan tersebut.
Sangat mudah bukan??
Jadi tunggu apa lg..
Jom jadi follower MyBabyOnlineStore...
p/s: Bagi follower di blog 'lama'. Anda hendaklah menjadi follower di blog ini utk melayakkan diri bg menyertai cabutan bertuah ini

Tuesday, January 26, 2010

Mengapa Perlu Memilih Lampin Kain Moden

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:

1) Dari Segi Kos Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin

(a) Penjimatan kos Dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan lampin pakai buang: Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu.

RM0.50 sekeping X 6 = RM3.00 sehari
RM3.00 X 365 hari = RM1,095.00 setahun
RM1095 X 3 tahun = RM3,285.00 untuk seorang anak

Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya.....…

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah. bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.

RM28.00 sekeping X 12 =
RM336.00

Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga kerana CD ini jenis One Size, sesuai utk baby dan kanak2 yang berat 3kg sehingga 13kg dan boleh di ubah mengikut size anak anda.


Perbezaan : Lampin Pakai Buang Vs Lampin Kain Moden

RM1095 X 3 tahun = RM3,285.00 untuk seorang anak
RM28.00 sekeping X 12 = RM336.00 untuk seorang anak dan anak2 seterusnya (Bergantung pada cara menjaganya)

Berbeza bukan?

(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang.

3. Dari segi keselesaan dan kecantikan Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda

Wash N Care

1. Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' (bagi insert, sekurang-kurangnya 3 kali prewash) sebelum pertama kali hendak digunakan. Gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. Lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana enzyme boleh mengurangkan daya serapan insert anda. (Utk pre-wash memadai sahaja basuh dgn air tanpa sabun)

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper. ('insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi). Pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper. Apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper. jika tiada poo-poo, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. Jika berpoo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo, seterusnya seperti langkah di atas.

4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. simpanan tidak boleh lebih dari 3 hari.

5. Bagi 'insert', sekiranya telah di cuci tp masih nampak agak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Jemurkan sahaja di kawasan yg mendapat cahaya matahari yg panas. Matahari adalah peluntur yg baik


6. Sebulan Dua, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dan juga insert dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dan insert dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' dan insert kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece' dan juga insert